Saturday, January 15, 2011

2011

Assalamualaikum......

aku bukan nak citer aper hari ni.....tapi just nak update jer blog aku ni...hahahah...maklumlaaa.....dah lama x update blog Aidil Ngatiman ni..... ..ok..aku hari ni nak citer pasal taun 2011 ni....maklum la
dah 3 minggu masuk taun 2011 ni...aku rasa bnyok la bnda yang berlaku kat diri aku ni.....macam2 bnda..baik yang burok or yang baik..........hahahah.......still ok what.....tapi aku nak cuba ubah diri aku ni jadi yang terbaik dari taun lepas yakni taun 2010......hahaha.....
nanti kiter citer lagi okk...see yaaa....

Wednesday, October 27, 2010

DIET RASULULLAH

ASSALAMUALAIKUM..........

mai kita baca note yang aku amik dari sihat ikut sunnah........
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yang lainnya.

Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasulullah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau anda ikut diet Rasulullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap ke dalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.

4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"

Monday, October 11, 2010

Benteng Pertahanan DIRI, KELUARGA dan HARTA

assalamualaikum.........

citer pasal benteng pertahanan diri ni......Dalam kehidupan seharian, kita tidak terlepas daripada ancaman-ancaman keselamatan yang melibatkan diri kita sendiri, keluarga dan harta benda. Berikut ada beberapa tips dan panduan yang dipetik daripada laman web Tuan Guru Dato' Harun Din (Darussyifa.org) untuk kita amalkan bersama.
Ada 5 jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut :
  1. Al-Muawwizat (Pelindung-Pelindung)
  2. Ayatul Kursi
  3. Surah Yassin Ayat 1 hingga 9
  4. Ayat Berkubu
  5. Ayat Penggerak

Al- Muawwizat ( Pelindung-Pelindung )


Cara :
  1. Lunjurkan kaki ke arah kiblat
  2. Mengangkat kedua tapak tangan seperti berdoa
  3. Baca ayat Al-Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca surah Al-Fatihah )
  4. Tarik nafas kemudian hembus pada tapak tangan sehingga habis nafas
  5. Tarik nafas sedikit dan kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan pada seluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit
  6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat Subuh setiap hari

Ayatul Kursi


Terjemahan: Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya), tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisi Allah tanpa izin-Nya. Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. - (Surah Al-Baqarah ayat 255)
Cara :
  1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
  2. Untuk melindungi diri sendiri : selepas baca ayatul Kursi, tiup sekeliling mengikut arah pergerakan tawaf Kaabah dengan niat melindungi diri
  3. Untuk melindungi rumah : baca ayatul Kursi sambil berjalan mengelilingi rumah ( mengikut pergerakan tawaf Kaabah ) sama ada di dalam rumah atau di luar rumah.
Surah Yassin Ayat 1 hingga 9

TERJEMAHAN: (1) Yaa Siin. (2) Demi Al Qur'an yang penuh hikmah, (3) sesungguhnya kamu salah seorang dari rasul-rasul, (4) (yang berada) di atas jalan yang lurus, (5) (sebagai wahyu) yang diturunkan oleh Yang Maha Perkasa lagi Maha Penyayang, (6) agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.(7) Sesungguhnya telah pasti berlaku perkataan (ketentuan Allah) terhadap kebanyakan mereka, karena mereka tidak beriman. (8) Sesungguhnya Kami telah memasang belenggu di leher mereka, lalu tangan mereka (diangkat) ke dagu, maka karena itu mereka tertengadah. (9) Dan Kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding (pula), dan Kami tutup (mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat.
Cara :
  1. Untuk memagar diri, keluarga dan harta benda
  2. Berdiri di satu penjuru rumah ( katakana dihadapan rumah sebelah kanan ) sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu di kiri rumah.
  3. Baca surah Al-Fatihah diikuti surah Yassin ayat 1~9.
  4. Sambil membaca, sambil berjalan menuju ke penjuru rumah satu lagi ( ikut arah tawaf Kaabah ).
  5. Baca kombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang pertama. Jumlahnya 4 kali.
  6. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyaratkan mendinding seluruh bumbung rumah.
Ayat Berkubu

TERJEMAHAN: Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubu dengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabi Muhamad Rasulullah.
Cara :
  1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
  2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat ini kemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
  3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
  4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehingga habis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
  5. Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dan tahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.
Ayat Penggerak

TERJEMAHAN: Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.
Cara :
  1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, atau bermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
  2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
Mudah-mudahan kita dapat mengamalkannya....inyaALLAH....yang baik itu datang dari ALLAH......
dipetik daripada laman blog abi danial......

Wednesday, October 6, 2010

ciptaan terhebat..

assalamulaikum.....

hari2 bosan...hari2 bosan..aku x tau la kenapa...hahahah...(gelak sowang2).......
citer bab ciptaan terhebat ni...aku nak story mory cket kat korang pasal mesin yang aku ngan membe aku wat time final year project.......mesin ni diberi nama "loading and filling station".....nak tengok gambo nyer...ni haaa.....













mesin ni tujuannye untuk isi coklat dalam bekas secara automatik....menggunakan 4 cylinder yang konsepnyer extend ngan retract jer dan programnyer adalah PLC TSX17.....aku ngan membe aku amik masa 3 bulan lebih untuk siapkan mesin ni....fuhh...penat gok la....sampai x tido 3 hari pon ader....nak siapkan reportnye ni......alhamdulillah....keputusannyer amat membanggakan...(sampai kembang la bontot aku ni)...hahahaha.....ni la serba sedikit pengalaman aku dalam mencipta mesin loading and filling station ni....nak tulis banyok2 pon penat jari ni...hehehehe.....k la....adios.........







Tuesday, October 5, 2010

mula-mula terjerumus dengan blog......

assalamualaikum.....

malam ni macam besa...duk sorang2 dalam bilik.....xtau la tetiba bosan plok kan....hahaha......aku pon duk cari la page2 membe aku.(dalam facebook)...aku tengok amai yang duk ada blog..... terpikir gak...best ker buat blog ni...???
disebabkan bosan yang teramat sangat..(dah macam burung dalam sangkar plok kan)..hahahah.....
aku pon duk try la gatal2 nak create blog sendiri........fuhhh....terciptalah atokkmokk.blogspot.com........hehehe........so..kepada semua membe aku yang ada blog 2.....diharapkan supaya anda sokong la aku ni........bak kata membe aku sorang ni la...(nama dirahsiakan).....majulah blog untuk kita semua........
ok laaa.....ni la serba sedikit ayat permulaan dari aku.......heheheh.......mata pon dah ngantok....tilam ngan bantal duk panggil jer......so..cau cin cau...........